Pengenalan
‘Imtiaz’ dalam bahasa Arab bermaksud kecemerlangan. Penubuhan Sekolah Imtiaz adalah hasil cetusan idea Dato’ Idris Jusoh
(ketika itu Timbalan Menteri Pembangunan) pada 31 Mei 1996. Ianya merupakan kesinambungan daripada program “Pintar Quran” (Quranic
Excellence) yang telah dijalankan di Besut, Terengganu. Satu sesi percambahan fikiran seterusnya telah diadakan di Hyatt Regency
Saujana Hotel, Subang pada 23 Novembere 1996 yang dfihadiri oleh ahli-ahli akademik, guru-guru agama dan ahli-ahli professional.
imtiaz – School Of Excellence mula beroperasi pada 9 Januari 1999 di Besut dengan kemasukan 28 pelajar baru. Matlamat utama
penubuhan imtiaz sebagai sebuah sekolah Agama Bestari adalah untuk melahirkan pelajar yang hanyaa cemerlang adalam bidang
agama dan akademik, tetapi juga menguasai Sains, Matematik, ICT, dan kemahiran bersosialisasi serta kepimpinan
MISI SEKOLAH
Membentuk dan menyemai pelajar ke arah Kecemerlangan, Keagungan, dan Penguasaan dalam Akademik, Agama dan Al-Quran bagi mencapai kecemerlangan ummah dengan mengambil Al-Quran sebagai satu budaya dan teras pembelajaran sekaligus menghasilkan satu persekitaran yang kondusif untuk menimba ilmu.
VISI SEKOLAH
Untuk melahirkan pelajar-pelajar Ulul-Albab (Quranik, Ensaiklopedik, dan Ijtihadik) dalam memenuhi keperluan bidang profesional (Sains dan Teknologi) untuk mencapai kecemerlangan ummah/insan
MOTTO SEKOLAH
“SOLEH PINTAR” :
Membawa maksud kepada melahirkan modal insan yang dapat memperkasakan Al Quran dan Sunnah sebagai tunjang hidup dalam pembentukan sahsiah diri yang unggul dan pada masa yang sama juga cemerlang dalam bidang pendidikan.
PROGRAM ULUL ALBAB
Berteraskan kepada konsep Ulul Albab ini selaras dengan pelaksanaan Islam Hadhari, kerajaan negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu telah menjadikan konsep Ulul Albab sebagai batu asas dalam pelaksanaan sistem pendidikan di negeri Terengganu khasnya di Sekolah-sekolah Menengah imtiaz. Pada Julai tahun 2005 program Ulul Albab telah diperkenalkan di sekolah Menengah imtiaz di mana ia menggabungkan sistem pembelajaran berfokuskan Al-Quran, Pembangunan Sahsiah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
Idea ini tercetus ketika Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi berucap di Oxford universiti di mana beliau sentiasa acap kali menyebut dan mengguna perkataan Ulul Albab di dalam ucapan beliau. Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab ini adalah untuk memartabatkan Negeri Terengganu sebagai pusat pengajian Al-Quran yang terunggul di Malaysia.
Di samping itu juga, kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan kemudahan serta prasarana pendidikan yang moden bagi pengajian Al Quran dan juga dalam bidang sains dan teknologi bagi memastikan para pelajar berjaya di dalam kedua-dua bidang bagi melahirkan Ummatan Wasata (Umat Seimbang) dan program ini juga merupakan kesinambungan kepada para pelajar yang meminati bidang sains dan agama sebagai pendidikan alternatif untuk mereka.
KONSEP IMTIAZ
i - Itqan (Kesungguhan)
m - Mahabbah (Kasih Sayang)
t - Taqwa (Taat pada Allah)
i - Istiqamah (Konsisten)
a - Akhlak (Budi Pekerti)
z - Zaamah (Kepimpinan)
No comments:
Post a Comment